Tahukah Anda ?




LAMPU

Ramai orang mahu kawasan beliau terang benderang pada waktu malam agar rasa selamat dan nampak selamat. Tahukah anda bahawa jika sesuatu kawasan atau bangunan tidak memasang lampu walaupun satu, ia boleh jadi PENGHINDAR kepada 'orang jahat'. Sama ada mereka akan takut 'hantu' atau jika mereka datang guna motorsikal atau kereta, dan pasang 'torchlight', kehadiran mereka akan mudah disedari.

Di sebalik itu kita kena kenal-pasti betul-betul, bangunan mana boleh gelap gulita dan yang mana satu harus terang benderang.

Sementara itu, kita kena ingat, kawasan yang terang benderang boleh memudahkan penjahat membuat 'kerja' mereka.

Kalau Tuan lihat bangunan Public Bank berhampiran KLCC, mereka akan padam lampu selepas tengah malam. Mereka menggunakan 'timer'. Ini juga satu pendekatan yang kita boleh pertimbangkan.

Al kisah Pengawal Keselamatan selalu merungut, mereka padam lampu di kawasan fakulti setiap pagi, tetapi selalu ada komplen mereka tak padam lampu. Rupa-rupanya kak 'cleaner' yang pasang lampu sebab mereka mula kerja pada awal pagi. Mengapa 'cleaner' tak buat pembersihan selepas waktu pejabat macam yang kita tenguk dalam TV ye? [selingan!]

Bagaimanapun, ramai orang tidak sedar bahawa kos pemasangan lampu hanya lebih kurang 10% dari jumlah bil elektrik rumah kita. Kami nasihatkan, pasanglah lampu di belakang dan di depan rumah pada waktu malam demi keselamatan.

ESPIONAGE Sementara kita leka dan sebuk dengan aktiviti harian kita, kumpulan '5 eyes' sentiasa memerhati setiap pergerakan kita. Di setiap organisasi rasmi atau tidak rasmi, apa yang paling penting adalah 'the unwritten rules' atau dalam dunia perisikan ia dipanggil sebagai 'undeclared policy'. Negara jiran paling hampir di selatan Malaysia tidak mahu menafikan dan tidak mengaku penglibatannya membantu Amerika mendapatkan pelbagai maklumat negara kita. Ini dipanggil 'silent technique' dan ia selalu diamalkan oleh Israel di Asia Barat khususnya dalam kes pembunuhan individu penting. Terkini sudah ada sumber yang mengatakan kes Pulau Batu Putih mempunyai unsur rasuah di dalamnya dan telah menyebabkan Malaysia kalah di ICJ. Kelemahan manusia [individu] sangat penting dikenalpasti oleh 'musuh' agar menyenangkan mereka 'mengguna' teknik paling mudah untuk memanipulasi individu tersebut. Kelemahan biasa adalah masalah kewangan dan keinginan hidup bergaya.

Oleh itu, diingatkan semua bahawa tugas perisikan bukan untuk maklumat pertahanan sahaja. Ia termasuk juga apa yang sedang berlaku di setiap IPTA. Mereka sentiasa memerhati setiap kepimpinan IPTA, kajian yang sedang dibuat dan juga siswa-siswi kita. Tahukah anda siswa fakulti perubatan dan beberapa fakulti kita yang cemerlang akan ditawarkan kerja di negara jiran? 

Jika mereka boleh mendengar cakapan telefon presiden Peranchis dan Indonesia, tidak mustahil mereka boleh dengar cakapan NC dan TNC kita.

Sila baca:

Pengebom berani mati menggunakan kenderaan yang berlaku di Afghanistan dan Iraq serta di Bali mengajar penceroboh satu lagi 'hardware' baru yang kelihatan seperti hiasan landskap yang dipanggil ballards. DBKL lebih inovatif dengan memasang pagar rendah serta pokok renek di tepi jalan untuk mengurangkan kes ragut.

CCTV Code of Practice

Semua universiti mempunyai CCTV. Pernahkah kita fikir implikasi undang-undang yang boleh  menyebabkan penat lelah memasang CCTV jadi sia-sia. Rakaman ada tapi tidak diterima-pakai oleh mahkamah! Rakaman ada tapi tidak jelas. Waktu yang terpapar pada skrin tidak diselaras dengan waktu sebenar. Sistem CCTV tidak ada 'password' dan sesiapa pun boleh 'usik' sistem ini.


Sila klik:
http://www.cardiff.ac.uk/secty/security/cctv/cctv-code-of-practice.html



Kampus baru, Edge Hill University. Tenguk dan lihat di mana tempat letak kereta mereka. Mungkin kita mahu adaptasi cara ini sedikit demi sedikit.



SECURITY FRIENDLY LANDSCAPE?

Kompleks perumahan di Singapura disusun atur sehingga pelawat yang memasuki sesuatu kawasan perumahan boleh dilihat dari hampir setiap rumah. Bakal penjenayah akan rasa mereka diperhati. Begitu juga tanaman di sekitar kawasan tersebut. Tidak ada tanaman yang berserabut hingga boleh jadi tempat sembunyi. Mereka pileh mana kawasan perlu lapang, mana perlu ada pokok dan sebagainya.

Cuba lihat 'perancangan' kita. Papan tanda jalan pun kita 'sembunyikan' di belakang pokok.  Pekerja tak cantas pokok? Pada mulanya kenapa nak tanam pokok dekat simpang jalan? Ke mana perginya 'security consciousness' di kalangan perancang kita?

Lampu jalan berada di dalam pokok pun ada you!

Adakah landskap di universiti kita mencerminkan kawasan kampus kelihatan selamat?

SUKSIS bantu Polis tangani jenayah di universiti
Menarik? Baca bagaimana ia boleh dilakukan dengan pendekatan yang kreatif. Sila klik pada www di bawah. Cuma nak bagi tahu awal-awal bahawa SUKSIS tidak ada kuasa Polis. Jadinya bagaimana mereka boleh membantu Polis di universiti?
http://www.umlib.um.edu.my/newscut_details.asp?cutid=6789#sthash.01GEESrZ.dpbs



Apa Maksud Sabotage, Subversion & Espionage?

Jika anda seorang pegawai keselamatan dan anda tidak tahu maksud perkataan di atas, mat saleh kata 'something is very wrong with you". Ini orang puteh kata, bukan saya kata.

Sila baca ARAHAN KESELAMATAN atau cari dalam google search. Itu adalah asas ancaman keselamatan bagi setiap organisasi. Satu lagi ancaman ialah "kelemahan manusia".



Masalah Pengintipan

Pengintipan ialah proses untuk dapatkan maklumat. Macam-macam cara dibuat untuk mendapatkan maklumat. Proses ini disebut  'espionage'. Salah satu prosesnya  ialah dengan 'memesongkan' pendirian kita dari 'kumpulan atas pagar' kepada 'kumpulan haluan kiri'. Proses pemesongan ini disebut 'subversion'. Selepas kita jadi 'pembangkang' dalam organisasi kita, maka mudahlah musuh untuk dapatkan maklumat dari kita!

Agak-agak kita kan, semasa peguam-peguam kita sedang membuat persedian dalam kes Pulau Batu Putih, ada tak kemungkinan musuh negara kita telah melakukan 'espionage' dan 'subversion' untuk mendapatkan maklumat tentang strategi peguam kita?



JOB DESCRIPTION OF SECURITY GUARDS

Deskripsi Tugas Pengawal Keselamatan. Dalam bahasa yang biasa kita denga ialah tugas dan tanggungjawab pengawal keselamatan.

Tugas dan tanggungjawab mereka ini hampir tidak berubah semenjak ia mula diperkenalkan. Namun begitu, pada hari ini, mengapa banyak aduan negatif tentang pengawal keselamatan ini. Di mana kesilapan kita?

Ini ialah beberapa 'site' pembaca boleh melihat beberapa contoh JOB DESCRIPTION pengawal Keselamatan.


 

Pengawal Keselamatan menghadapi risiko kesihatan tinggi kerana berdiri lama semasa bertugas. Apakah polisi kesihatan yang ada mengenainya oleh Pejabat Keselamatan dan Kesihatan kampus?

Begitu juga dengan waktu tidor yang sentiasa berubah.  Tahukah anda salah satu kesan waktu tidor yang tidak ‘regular’ ialah obesiti dan kencing manis?  Soalannya, siapa yang perlu ambil berat?

hazards megazine : STANDING PROBLEM
[Hazards 91, August 2005]

Executive summary
• Over 100 years after UK doctors warned of the occupational health risks of prolonged standing at work, millions of UK workers are still compelled to stay on their feet for most of the working day.
• Individuals spending most of the day on their feet every working day are at greater risk of health problems including varicose veins, poor circulation and swelling in the feet and legs, foot problems, joint damage, heart and circulatory problems and pregnancy difficulties.
• A Hazards survey of UK union health and safety officers found widespread problems from standing at work.
Chronic heart and circulatory disorders are linked to prolonged standing at work. Prolonged time in an upright posture at work may cause hypertension comparable to 20 years of aging.
• There has never been a Health and Safety Executive prosecution for a breach of the current health and safety regulation covering provision of seating at work. Legal protection for many workers was better in 1917.
• The law requiring provision of seats in certain circumstances is being routinely ignored.
• Most jobs do not require standing – the proportion of workers standing most of the time is much lower in Sweden and many other countries. Simple job or workstation design can make it possible to reduce the requirement to stand.

http://www.hazards.org/standing/



MASALAH KEKURANGAN TIDUR

Apabila Pengawal Keselamatan bertugas pada waktu malam, mereka akan menjadi mangsa kekurangan tidur. Kekurangan tidor boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Lihat blog di bawah untuk maklumat lanjut.

http://www.webmd.com/sleep-disorders/excessive-sleepiness-10/10-results-sleep-loss


Isu atau masalah ugama banyak diperkata di kalangan muslimin kerana berbagai faktor. Bagaimanapun masalah sosial, sosial ekonomi, kurang pengetahuan asas tentang Islam, ketidak-fahaman tentang aspek 'hak asasi', hidup dalam masyarakat majmuk, hentaman media elektronik yang pesat menjadikan ramai kelam kabut. Mahu kaya? Mahu senang? Mahu kuasa? Mahu popular? Mahu apa?

Dilema kelam kabut dan tidak keruan ini jika diperhatikan amat ketara bagi mereka yang berumur lebih 40 tahun. Tak percaya? Entah apa yang kita mahu sebenarnya? Isu yang amat penting dalam 'kawasan kita' sekarang ini ialah isu keselamatan. Apa saja isu yang sedang berlaku, tentu ada yang mempunyai agenda sendiri yang hendak dicapai.

Kesan budaya ini amat negatif. Anak dan anak buah, remaja, pelajar dan siswa jadi hilang punca!


CDERT ???


http://perkhidmatanpa.blogspot.com/2009/05/civil-defence-emergency-respond-team.html



Kebakaran boleh berlaku pada bangunan lama atau baru seperti yang dialami oleh Bangunan
Canselori Universiti Malaysia Terengganu. Seorang Pengawal Keselamatan bertugas di kawasan paling hampir telah berjaya menyelamatkan semua penghuni bangunan tanpa sebarang kecederaan.

Hanya Universiti Putra Malaysia mempunyai 'pasukan bomba'nya sendiri. Ini kerana pada awal penubuhan, UPM berada jauh dari Balai Bomba terdekat dan terpaksa mengambil inisiatif menubuhkan 'pasukan bantu mula'. 


 

Bencana tanah runtuh di IPTA ini tidak melibatkan kecedaraan atau kehilangannyawa. Namun begitu, Pengawal Keselamatan yang bertugas 24 jam harus bersedia menghadapi keadaan begini.



Kampus Universiti Malaya Kuala Lumpur mempunyai lebih 430 bangunan dan lebih 15 buah bangunan yang lebih dari 10 tingkat.

Ia berada di laluan angin kencang Lembah Kelang dan setiap kali berlaku angin kencang atau ribut, pihak keselamatan akan bersedia menghadapi keadaan pokok tumbang. Pejabat Keselamatan UM disediakan 2 unit gergaji bermotor [chain saw] untuk tujuan ini. 

Sehingga ini belum ada kecedaraan akibat pokok tumbang di dalam kampus. 



Setiap tahun UTHM bersedia menghadapi banjir dan sudah menjadi 'pakar' dalam bencana ini.


Setiap IPT mungkin perlu ambil-kira untuk menubuhkan CDERT bagi menghadapi bencana yang boleh  berlaku dalam pelbagai bentuk, dan keadaan. 

USIM sudah mempunyai CDERT yang terdiri dari Pengawal Keselamatan dan staf lain, termasuk pelajar. Kebanyakan dari mereka terdiri dari anggota sukarela JPAM. Universiti Malaya sendiri telah menghantar 60 orang Pengawal Keselamatan hadir kursus asas JPAM pada tahun 2012 bagi tujuan menubuhkan CDERT pada masa depan.


  BERITA HARIAN ON LINE

Tak wajar bocor maklumat dokumen rasmi

2013/11/18 - 04:52:00 AM Cetak Emel Kawan
Pasir Gudang: Kerajaan negeri menyifatkan tindakan membocorkan maklumat dan menyebarkan kandungan Kertas Tindakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berkaitan usul cuti mingguan Jumaat Sabtu adalah tidak wajar.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata dokumen rasmi itu adalah rahsia kerajaan negeri dan penyebaran isi kandungannya kepada umum adalah tindakan tidak amanah.
Katanya, beliau turut menyerahkan perkara itu kepada polis bagi menyiasat serta mengenal pasti pihak yang berbuat demikian.


Perbincangan rahsia


“Ini tindakan tidak wajar kerana perbincangan itu adalah rahsia. Jika ini boleh keluar, banyak benda lain boleh keluar.


“Ini menunjukkan nilai tidak amanah pihak tertentu dan saya sehingga kini masih menunggu laporan siasatan polis,” katanya pada majlis pernikahan beramai-ramai di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di sini, semalam.


Khamis lalu, Jumaah Majlis Diraja Johor meminta siasatan dijalankan mengenai penyebaran kertas itu yang tersebar menerusi laman sosial.



 

Lembaga Peperiksaan siasat dakwaan kertas SPM bocor

2013/11/23 - 17:49:31 PM Cetak Emel Kawan
KUALA LUMPUR: Lembaga Peperiksaan memulakan siasatan berkaitan aduan kebocoran kertas soalan Matematik dan Matematik Tambahan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013.

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan di sini, hari ini tindakan susulan segera juga akan diambil selepas siasatan lengkap dijalankan.

Sebagai sebuah institusi awam yang tertakluk di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Lembaga itu bertanggungjawab untuk mengurus dan mengendalikan peperiksaan awam di Malaysia. 



Membendung Kecurian Maklumat Perubatan

Oleh Saiful Bahri Kamaruddin
Foto Izwan Azman
BANGI, 24 Jun 2013 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memandang serius terhadap keselamatan siber dengan meningkatkan kesedaran mengenai penggodaman, termasuk usaha melindungi rekod perubatan.

Naib Canselor UKM, Profesor Tan Sri Dato' Seri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata serangan siber semakin meningkat di seluruh dunia, terutama terhadap rekod perubatan yang disimpan secara elektronik.



NEED TO KNOW BASIS

The term "need to know", when used by government and other organizations (particularly those related to the military or espionage), describes the restriction of data which is considered very sensitive. Under need-to-know restrictions, even if one has all the necessary official approvals (such as a security clearance) to access certain information, one would not be given access to such information, or read into a clandestine operation, unless one has a specific need to know; that is, access to the information must be necessary for the conduct of one's official duties.

Masalah dengan 'orang kita' ialah ingin tahu apa saja walaupun tidak ada kaitan dengan tugas dan kepentingan kerja beliau.

Kalau beliau tahu, maknanya beliau 'orang yang hebat'. Bertambah hebat jika beliau menjadi orang pertama yang dapat sebarkan 'berita terkini' melalui SMS.

Di dalam ARAHAN KESELAMATAN Kerajaan Malaysia terdapat satu perenggan yang menerangkan 'Prinsip Perlu Mengetahui'

Semua kakitangan kerajaan yang ada kaitan dengan maklumat yang sensitif [Pejabat NC, Bendahari, Pendaftar, Sumber Manusia, Dekan dan Ketua Jabatan] mesti faham dengan prinsip ini.

Malangnya, perkara ini tidak dimaklumkan walaupun semasa hadir Kursus Induksi.


Apakah kesannya jika maklumat sampai kepada 'unauthorised person'? Kementerian Pendidikan terpaksa mengadakan semula peperiksaan Kertas Matematik. Berapa kos yg akan terlibat? Berapa ramai pelajar yg kena menduduki semula peperiksaan ini? Bagaimana jika sudah bercuti di tempat yg jauh? Yang sedihnya, si polan yang bertanggungjawab sukar untuk ditangkap dan jika ditangkap mungkin sukar untuk diambil tindakan tatatertib.

Ada juga di kalangan Pegawai Keselamatan yang rasa diketepi jika tidak diberitahu maklumat tertentu. Mungkin beliau sediri tidak pernah baca ARAHAN KESELAMATAN kerajaan Malaysia ini.



Keselamatan Dalam Negeri / Dalam Kampus !
Bahagian "KK" dalam KDN mempunyai fungsi untuk memelihara, menyekat dan meningkatkan keselamatan dan ketenteraman awam serta meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang berkait keselamatan dalam negeri.
Untuk maklumat lanjut sila Klik : 

http://www.moha.gov.my/index.php/ms/maklumat-korporat/maklumat-bahagian/bahagian-keselamatan-dan-ketenteraman-awam

 

 

Dasar Keselamatan
Adakah Organisasi anda mempunyai dasar keselamatan seperti arkib negara?

Klik : http://www.arkib.gov.my/web/guest/security_policy



Published: Wednesday October 23, 2013 MYT 12:53:00 PM
Updated: Wednesday October 23, 2013 MYT 1:25:25 PM


Homemade bomb thrown at UKM student's house, warning note left on car by rahmah ghazali AND kang soon chen



 

CLARK UNIVERSITY

Security of and Access to Campus Facilities

The Physical Plant Department's staff maintains a landscape design that largely eliminates hiding places for potential intruders. Trees and bushes that interfere with lighting and visibility are routinely cut down or trimmed. The University has installed state-of-the-art high-illumination outdoor lighting that significantly improves visibility on campus. Studies of outside lighting throughout the campus remain ongoing, and new lights are added in areas where lighting is a concern
A computer card entry security system for all University residence halls keeps them locked 24 hours a day, while still giving Clark students access to campus housing. The card system, programmed through a computer at the University Police office, opens the door for a period of seconds. The door locks again immediately when it closes. An alarm will go off at University Police if one of the outside doors is kept open for a period longer than a reasonable time for entry.
Every year ID cards are activated for all returning and first-year residential students which allows them access to their residence hall. Access is terminated at year's end. Should a card be lost or stolen, the access assigned to the card can be removed. Clark University patrols pay particular attention to checking that residence hall doors have not been propped open.

http://www.clarku.edu/offices/police/securityreport/

 

Pelajar Afrika salah guna Visa terlibat jenayah

1 Car Is Stolen Every 24 Minutes!!!




PENGAWAL SAKIT & PENGAWAL TUA



Peratusan pengawal yang berumur lebih 50 tahun yang sihat walafiat amat kecil. Mereka menjejaskan keberkesanan Jabatan Keselamatan dan ada kalanya imej IPTA sendiri. Kita semua tidak mahu sakit dan lemah [bila dah tua]. 

Pengawal muda [tidak terlalu muda] boleh dikerah untuk membuat pelbagai tugas, waktu dan cuaca berbanding yang sakit dan tua.

Yang tua dan yang sakit sudah tidak berkesan untuk menjadi pengawal. Mereka sebenarnya satu liabiliti yang malu hendak dihebahkan.

IPTA adalah badan berkanun. Ia bebas membuat pelbagai polisi dan peraturan, asal tidak bertentangan dengan polisi kerajaan.  Ini antara opsyen yang boleh difikirkan demi kebaikan IPTA dan IPTS:

  •         Wajib menjaga kesihatan. Diuji kecergasan dan kesihatan setiap bulan oleh jabatan/fakulti tertentu.

  •        Jika gagal dan umur kurang dari 40 tahun, mereka harus dikeluarkan dari Skim Pengawal dan ditukar kepada Skim Jaga.  Skim Jaga boleh diwujudkan semula. Atau ditukar menjadi pemandu atau perkerja am atau penghantar surat.
     
  •         Ini bermakna, pengawal keselamatan mesti diberi insentif dalam bentuk elaun kerana perlu menjaga kecergasan dan mesti lulus ujian kecergasan setiap bulan.

  •         Umur maksima Pengawal Keselamatan yang sihat tidak lebih dari 50 tahun. Bagi yang sudah menjawat jawatan Penyelia atau setaraf boleh dipertimbang hingga umur 55 tahun.
  •      Selepas umur maksima tersebut, mereka mesti ditukarkan ke mana-mana Skim atau jawatan. IPTA mesti memberi mereka latihan/kursus berkaitan sebelum mereka dikeluarkan dari tugas keselamatan.
Cadangan ini melibatkan skim perkhidmatan khas bagi Skim KP. Ia memerlukan kelulusan. Dicadangkan semua IPTA  berganding bahu dan mengusulkan permohonan ini.

Semua orang tahu tugas keselamatan mempunyai pelbagai risiko dan kesan kepada IPTA sendiri. Ramai mahu pengawal keselamatan nampak gagah, sihat dan cergas. Kita perlu sedar Polis Bantuan hari ini akan tua dan sakit juga. Tapi apa yang telah kita lakukan?

APAKAH BEZANYA DI ANTARA PRAMUGARI DAN PENGAWAL KESELAMATAN





Yang kita tahu secara amnya, pramugari terlatih dalam pelbagai aspek kecemasan termasuk menjadi ‘bidan’ apabila diperlukan. Mereka juga tahu menggunakan senjata api jika perlu.

Kita mungkin malu hendak beritahu apa yang pengawal keselamatan kita boleh buat? Adakah meraka ‘tahu’ bertindak jika ada kebakaran? Apa prosedur asas

memadam kebakaran? Apa taklimat yang mesti diberi kepada Bomba dan Penyelamat? Adakah laluan kecemasan dalam kampus sentiasa boleh digunakan? Apakah tugas pengawal yang paling dekat dengan kawasan kebakaran? Apa tugas pengawal lain? Apa tugas pengawal yang bertugas sebagai pengawal trafik semasa kecemasan?

Semua soalan di atas hanya untuk kecemasan kebakaran.

Ini adalah satu aspek tugas pengawal yang tidak terfikir oleh orang awam. Dalam keadaan ini, tindakan serta-merta mereka boleh menyelamat nyawa dan harta berjuta ringgit di kampus.





Fungsi Barrier Gate


Tahukah anda bahawa pemasangan penghalang jalan atau "Barrier Gate" dapat mengurangkan kadar jenayah secara mendadak. 
"Penjenayah kecil-kecilan" yang suka mencuri penutup longkang atau "LCD Projector" menggunakan kenderaan seperti motorsikal atau kereta untuk melakukan operasi. Pemasangan gate ini akan menghindar [deter] dan menghalang niat ini.
Pada masa yang sama, jika "diizinkan" pengawal keselamatan yang sentiasa tidak mencukupi dapat memberi perhatian di kawasan yang lebih memerlukan selepas sesuatu kawasan sudah 'tertutup' oleh barrier gate ini.






No comments:

Post a Comment